Khamis, 22 November 2012

Definisi kebahagiaan

Setelah enam tahun berada di bumi asing kini Iman Imani Aundric Iryssa kembali ke Malaysia.Kehilangan Anak yang tersayang membuatkan Iman bangkit dari kesakitan.Dia mahu kembali dengan Iman yang baru.Iman yang tidak takut dengan erti sakit.Iman yang tidak mudah di kotak katikkan semua.

Bertemu kembali dengan Bekas suami dan Anis yang merampas suaminya membuatkan hati Iman penuh dengan dendam dan amarah tapi sokongan ahli keluarga membuatkan Iman masih lagi bertindak waras dalam hidupnya.Dia masih ada lagi sayang dan simpati dalam jiwanya.

Kehadiran Isaei Aliff Aiman dalam hidupnya membuka lebaran baru.Mereka menjadi rapat dari sehari ke sehari malah bertambah rapat kerana bagi Iman,Isaei sama sepertinya.Kacukan.Isaei juga tahu rahsia yang di sembunyikan Iman sepanjang hidupnya.Rahsia siapa dirinya yang sebenar.Rahsia dia adalah anak bongsu kepada usahawan yang berjaya di Perancis.Hermant Noel Aundric Abdullah.Bekas suami dan bekas keluarga mentua Iman sendiri tidak tahu perkara itu.

Tengku Rizqi pula ingin menambat kembali cinta Iman.Bekas suami yang pernah memberikan episod luka pada kehidupan Iman enam tahun lalu.Cemburu dengan hubungan Iman dan Isaei yang bertambah rapat membuatkan dia mencari jalan untuk membuatkan Iman kembali dalam tangannya tapi dia tidak sedar ada yang menjaga Iman di belakang.MEnjaga secara sembunyi tanpa di sedari sesiapa.Ives Armant Aundric,Vivien Valery Aundric dan Rae Rainier Aundric.Tiga abang Iman yang setia melindungi adik tersayang.Ditambahi lagi dengan Along Iqbal dan Angah Irfan.

"Cinta bagi saya sesuatu yang misteri.Kita kena ungkai satu persatu.Cinta juga buat kita bahagia tapi pada masa yang sama cinta juga buat kita derita.Terima kasih terima saya yang kurang ini.Terima kasih kerana sudi menyayangi saya dan paling penting terima kasih sebab cintakan saya.je t'aime."Iman Imani

"Walaupun kamu bukan tangga pertama dalam hati saya tapi saya akan cintakan kamu hingga hayat saya.Saya tak janji tapi cukuplah hanya Insyaallah.Saya cintakan kamu bukan dengan kekayaan kamu.Saya cintakan kamu kerana keperibadian kamu.Saya cintakan kamu sebab diri kamu.Je serai à vos côtés jusqu'à ce que toute.(saya akan berada di sisi kamu sampai bila-bila.)"Isaei Aliff Aiman

"Abang sedar mungkin sayang susah terima abang balik tapi tahulah abang sayang sangat dekat sayang.Dari dulu abang memang cintakan sayang.Tolong bagi peluang pada abang tebus kesalahan abang.Please sayang.Terimalah abang balik dalam hidup sayang.Abang cintakan sayang sangat-sangat."Tengku Rizqi


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan